Typical Bloggers thought

Okayy, sebenarnye tak ade ape sangat nak cerita.Kadangkadang aku tertanye siapa aje yang bace blog aku ni.blog aku ni tak famous macam blog kak maria, kak fatin liyana, kak denabahrin, kak irine nadia, kak farahlee.blog aku ni cuma blog picisan yang boleh dicampak ditepi jalan dekat chow kit.kaitan pulakk? Maksud aku blog aku ni, mungkin bagi banyak impression dekat pembaca
1) alaaa blog dia ni mungkin cuma blog picisan yang tak habishabis cerite pasal kehidupan sendiri.

2) mungkin blog budak melayu yang bajet nak cakap omputih.

3) blog sesaje sesuke buat sebab alaa sekarang ni kan ramai yang buat blog.trending la katekan.

4) blog budak sekolah agama yang tak berape nak kuat agama.sebabnye takde input pasal agama sangat.

5) okayy nie paling common.ni blog kawan aku, so demi menjaga hati sahabat aku, aku pown followlah.takyah nak menafikan lah, sebab aku pown macamtu.

Tapikan, sebenarnye semue yang dekat atas ni memang betul.kau tahu tak sebenarnye aku suke baca blog akak akak yang aku sebut tadi sebab blog dorang lain daripada yang lain.dorang tak direct cerite pasal kehidupan sendiri, tapi dorang ade bagi input yang boleh dikutip untuk melayari bahtera kehidupan.cehhh ayat.for example blog kak fatin liyana yang paling aku admire the most sebab kak fatin liyana kan medic student, I wonder how she juggles her time among studies, modeling, and personal life.for me it's quite amazing. Aku ni nak suruh juggles time between studies dgn jadi anak kepada dua orang ibubapa pown susah mengalahkan perdana menteri.jadi aku teringin nak buat blog mengenai dunia daripada pandangan aku sendiri, walaupun aku tahu aku ni bukanlah sesiapa untuk memberi pandangan aku sendiri.nama Rabiatul Adawiyah binti Mohd Zaki tak pernah pown tercatat dalam manamana buku sejarah.tapi tak salahkan kalau kita berkongsi pandangan kita untuk kebaikan bersama.Kadangkadang, aku pelik orang Malaysia ni,Kalau dulu orang tu jahat then, berubah jadi baik mesti akan ade suara sumbang yang cakap "eleh kalau dah jahat takde maknenye boleh jadi baik","bajet alim je, macam Allah ampunkan je dosa kau mase zaman jahiliah tu","kau pikir kalau kau macamni, kau pikir kau hebatlah".but bile orang yang baik berubah jadi jahat pown kau kutuk.","budak sekolah agama apa macamni",.sampai bile kita nak jadi macam ni,bile banyak kes jenayah kelompok A tuding jari dekat kelompok B.kalau macam ni, sampai bebile pown masalah tak selesai.kalau ade orang yang kita benci buat baik dekat kite mesti ade yang cakap"ada udang disebalik batu lah ni","tahtah die nak santau Aku".betapa teruknye pemikiran orang zaman sekarang.bekas perdana menteri pernah berkata "first class facilities, third class mentality".maksudnye tak guna kalau kemudahan yang ada macam dunia kelas pertama, tapi mentaliti rakyat masih di dunia kelas ketiga.

Back to main topic, sebenarnye niat asal aku buat blog sebab kawankawan buat blog.aku start buat blog waktu aku darjah enam iaitu sewaktu tahun 2009, tapi makin lama aku sedar kalau niat asal aku buat blog sebab nak ikut kawan, kalau kawan aku stop blogging adakah aku pown akan berhenti blogging? And the answer is yes.aku dah jumpa orang macam tu ramai sangat dekat luar sana.bila blog jadi trending , berjuta juta orang buat blog, bile instagram jadi trending berjutajuta orang jugak buat instagram.implikasinya, dunia blogging semakin dilupakan setelah munculnya dunia laman sosial yang baharu.

Tapi lepas aku sedar, aku ubah niat aku blogging untuk menang giveaway,buat tutorial, bagi freebies untuk newbie.bile dah lamalama aku start bosan sebab semue giveaway yang aku masuk aku tak pernah menang, kecuali satu giveaway ni.itupun aku tahu yang aku menang setelah lama aku tak bukak blog sebab duduk asrama.taklama lepas tu, aku terbaca blog kawan aku syida zul, blog die simple aje, ayat tak panjang meleret pown, tapi blog die bagus sebab die bukan orang yang jenis suke cerite bende merapu rapu tapi blog die ade diselitkan input yang menyedarkan.sama jugak dengan blog dijah, blog die memang awesome, even ade budak maahad yang kenal blog die walaupun tak pernah jumpa.blog die banyak mendekatkan aku dengan Allah. Aku tesedar bahawa buat apa aku publish post baru kalau entry tu tak bagi apeape manfaat dekat orang lain.buat apa aku join giveaway then,repost balik benda yang sama.macam aku takde stok idea baru.buat ape bagi tutorial sedangkan orang tak berminat untuk tahu pasal bende itu and jarang digunakan oleh manusia.

Lepas aku pindah masuk Maahad, baru aku sedar yang aku ni bukan budakbudak lagi yang asyik nak publish entry kosong tanpa sebarang input yang berguna.lepas daripada itu, aku terus ubah niat aku berblogging kepada blogging yang bermanfaat.for example,ilmu yang baru aku dapat, aku akan kongsikan dengan readers sekalian.Insyaallah, lepas habis exam SMA, aku nak publish entry pasal subjek untuk spm.dekat situ sesiapa yang raserase die bakal jadi calon spm tahun depan boleh buat forum discussion untuk mantapkanlagi pengetahuan yang sedia ada...dan Insyaallah lepas aku beli cd ittv, kalau boleh aku akan masukkan video dalam cd tersebut yang boleh diguna pakai oleh kawankawan sekalian.soo kirenye blogger lain boleh buat discussion subjek lain.bile kite ade blogger yang sanggup untuk meluangkan masa dan tenaga untuk menerangkan secara online, Insyaallah caloncalon 2014 akan mendapat straight A+.

Btw, Alhamdulillah, Allah bagi rezeki.business aku makin mendapat sambutan.nantikan batch pertama Jumaat ini, pukul 10 malam Insyaallah.aku akan release flower crown batch first.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top